Friday, November 07, 2008

CERAMAH SAGA PADA 22/11/2008

Ceramah Pertama Saga akan diadakan pada 22hb November 2008,
bertempat di Klinik Kesihatan Sandakan bermula jam 9.00 pagi.

Surat jemputan akan di edarkan kepada semua ahli yang terlibat.

Sekian Terima Kasih.

Sunday, November 02, 2008

SERTAILAH KAMI

ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA ADALAH AMAT DI ALU-ALUKAN MENJADI AHLI SAGA DAN JUGA SUKARELAWAN BAGI MEMBANTU MENJAYAKAN PROJEK INI.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI KAMI DI KLINIK KESIHATAN SANDAKAN.

DR.ZAITON YAHAYA
DR.SENTHIL

SAGA (Sandakan Aids Support Group Association)



Sandakan terletak di pantai timur Sabah dan merangkumi kawasan seluas 2266km persegi. Sandakan pernah dikenali sebagai ‘The Little Hong Kong’ dan adalah bandar kedua terbesar di Sabah. Ramai daripada penduduk Sandakan menjalankan kehidupan harian yang biasa dan pengetahuan tentang HIV/AIDS agak kurang. Wanita dan terutama mereka daripada golongan muda yang berisiko tinggi,. Masalah kewangan dan latarbelakang ekonomi yang rendah memburukkan keadaan. Tindakan segera perlu dilakukan untuk menambahkan pengetahuan tentang HIV/AIDS di kalangan mereka yang berisiko tinggi. Fokus yang perlu dititikberatkan adalah untuk mengendali mereka yang berisiko tinggi. Dengan mengajar tentang bahaya HIV dan ‘practice safe sex’ diharap penularan HIV dapat dikurangkan. Dengan harapan penubuhan persatuan ini, kesedaran tentang HIV/AIDS dapat ditingkatkan, dan penggunaan kondom di kalangan berisiko dan meningkatkan saringan HIV di pusat kami.

Cadangan penubuhan persatuan SAGA adalah bertujuan untuk mengalakkan pembabitan orang awam dalam tindakan pencegahan HIV / AIDS. Ini adalah untuk menyahut cabaran National Strategic Plans for AIDS/HIV 2006-2010 strategi ke lima iaitu ‘Reducing HIV vulnerability among marginalized and vulnerable groups’.


Buat masa ini SAGA berpusat di klinik Jabatan pesakit Luar Daerah Sandakan.
Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami atau datang terus ke sana.