Sunday, January 04, 2009

HIV/AIDS

HIV/AIDS ialah singkatan bahasa Inggeris untuk Human Immunodeficiency Virus/Acquired Immune Deficiency Syndrome ataupun Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.

Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV, (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus) yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. AIDS adalah nama singkatan dan merupakan peringkat dalam mana pesakit mempunyai CD4 kurang dari 200 atau mempunyai penyakit berjangkit yang lain. Lazimnya seseorang yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit.

Asal-Usul HIV

HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah dari contoh darah yang diambil dari seorang lelaki pada tahun 1959 di Kinshasa, Demokratik Republik Congo.(Bagaimana cara dia dijangkiti tidak diketahui.) Analisa genetik ke atas sempel darah ini menandakan kemungkinan ia berasal dari satu virus di akhir tahun 1940-an atau awal 1950-an.

Kita tahu bahawa virus ini telah wujud di Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya pada pertengahan tahun 1970-an. Dari 1979-1981 pneumonia, barah and penyakit-penyakit luar biasa dilaporkan oleh para doktor di Los Angeles dan New York dikalangan pesakit-pesakit lelaki homoseksual. Keadaan pesakit-pesakit ini jarang didapati di kalangan orang yang mempunyai immunisasi yang sihat.

Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakkan istilah "acquired immunodeficiency syndrome (AIDS) untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan oportunistik (OIs, Kaposi's Sarcoma (sejenis barah), and Pneumocystis Carinii pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).

Buat masa INI, para saintis masih berteorikan tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan kaji-saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, strain utama virus HIV di negara-negara maju. Satu subspesis chimpanzee, asal di Equatorial Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca asli virus ini. Para kaji-saintis ini percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah chimpanzee yang dijangkiti oleh virus ini.

Bukti HIV menyebabkan AIDS

Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila immunisasinya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. CDC Amerika Syarikat mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem imunisasi immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti Pneumocystis carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang dikalangan mereka yang sihat tanpa jangkitan HIV. Kebanyakaan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan "jangkitan mengambil peluang" yang jarang menyebabkan bahaya pada orang yang sihar. Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter persegi (mm3) darah. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak dijangkiti HIV dibawah 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak dengan HIV.

Cara sebaran HIV/AIDS

HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:
1.Perhubungan seks tanpa kondom
2.Penerimaan darah yang tercemar
3.Perkongsian jarum suntikan dadah
4.Dari ibu-ke-anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu

HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
1.Perciuman atau berpeluk
2.Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
3.Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
4.Berenang di kolam renang awam
5.Gigitan nyamuk atau serangga lain

No comments: